Define Epithetical Books Shamsiah Fakeh: Pejuang, Pemimpin dan Perempuan
Title | : | Shamsiah Fakeh: Pejuang, Pemimpin dan Perempuan |
Author | : | Azzah A.R. |
Book Format | : | Paperback |
Book Edition | : | Special Edition |
Pages | : | Pages: 296 pages |
Published | : | May 13th 2011 by PTS Litera |
Categories | : | History. Politics. War |

Azzah A.R.
Paperback | Pages: 296 pages Rating: 3.32 | 44 Users | 12 Reviews
Commentary In Pursuance Of Books Shamsiah Fakeh: Pejuang, Pemimpin dan Perempuan
SINOPSISShamsiah Fakeh adalah seorang komunis. Itu yang diberitahukan kepada kita, sehinggalah beliau sendiri berkata, “Aku akan tulis kisah ini nanti. Aku harap, selepas ini kalian tahu kisah yang sebenar dan tidak lagi membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadapku.”
Inilah novel yang sangat menghormati Shamsiah Fakeh. Ia menceritakan Shamsiah Fakeh adalah susuk yang pernah menjadi pemimpin, pejuang dan tetap seorang perempuan.
Sebagai pemimpin beliau berkata, “Kamu yang dapat melihat peristiwa sebenar dalam sejarah pasti dapat menemui arah tuju untuk masa hadapan.”
Sebagai pejuang, “Tiada apa yang aku kesalkan. Beribu-ribu pejuang telah terkorban semasa berjuang demi kemerdekaan. Mereka juga tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atau kemewahan daripada perjuangan mereka.”
Sebagai seorang perempuan, “Mana mungkin seorang ibu tergamak membunuh anaknya sendiri? Aku juga manusia seperti kamu, punya hati dan perasaan.
Bezanya, aku mengangkat senjata dan tinggal di dalam hutan kerana berlindung dari serangan penjajah, dan kamu tidak.”
Masihkah Shamsiah Fakeh itu seorang komunis pada fikiran kita? Novel ini punya jawapannya.
Be Specific About Books Toward Shamsiah Fakeh: Pejuang, Pemimpin dan Perempuan
Original Title: | Shamsiah Fakeh: Pejuang, Pemimpin dan Perempuan ISBN13 9789675783449 |
Edition Language: | Malay |
Rating Epithetical Books Shamsiah Fakeh: Pejuang, Pemimpin dan Perempuan
Ratings: 3.32 From 44 Users | 12 ReviewsComment On Epithetical Books Shamsiah Fakeh: Pejuang, Pemimpin dan Perempuan
Mengenali tokoh wanita melalui novel ini, itu pasti. Tapi memandangkan konsepnya novel, pada aku penceritaan kisah hidup Shamsiah Fakeh yang penuh liku dan cabaran ini terlampau rushing untuk diceritakan dalam naskhah senipis ini. Gaya penulisannya macam tergesa-gesa. Aku juga tak rasa yang watak itu ialah Shamsiah Fakeh. Ia cuma seorang yang 'cuba' menjadi Shamsiah Fakeh. Emosi watak juga tidak digambarkan dengan bagus. Membaca novel ini masih ada baiknya. Baiknya, kita tahu siapa sebenarnyaterlalu banyak yang mahu diceritakan, jadi tak sempat memghayati sesuatu situasi tiba-tiba sudah masuk satu situasi yang lain. bab anaknya dibunuh 3 bintang tiga itu sepatutnya meruntun perasaan, tetapi penceritaannya agak bersahaja.
penekanan telah di beri bahawa ini adalah novel, dan bukannya memoir..jadi, penyampaiannya tidak memberi kan rasa perjuangan tu kepada pembaca.membaca buku ini tak memberi sebarang rasa, dan penggunaan istilah yang tak sesuai sangat2 membunuh rasa.jujurnya, buku ni masih boleh dibaca,tapi jangan mengharap apa2 yang menarik..ini pandangan aku sahaja..

not bad.ringkas sebab ini terang-terangan adalah novel. bukan memoir. memang tak berapa nak detail la penceritaannya.secara jujurnya seronok sebab wpun penulis tak membawa kita nak feeling suasana dalam hutan, zaman penjajah tu suma. keseronikannya bila kita dapat tahu, ouh shamsiah fakeh ni macamni2 rupanya. kira macam cerita dia ringkas, cepat, mudah difahami sekaligus menjawap segala persoalan tentang shamsiah fakeh yg banyak dihebohkan kat media tu.hah nak tau apa, lu baca la sendiri.
Buku ini katanya novel tetapi mengenai hidup dan perjuangan Shamsiah Fakeh, seorang yang memang nyata ada dan perjuangannya juga betul berlaku. Ini bermaksud, buku ini genre fiksyen atau bukan fiksyen? Hartal 20 Oktober 1947.Selepas membaca, saya terfikir, askar Melayu berjuang habis-habisan menentang komunis, atas arahan / propaganda penjajah British? ...strategi British? Sir Edward Gent isytihar darurat untuk matikan langkah parti-parti kecil berhaluan kiri demi menjaga kepentingan ekonomi
Buku yang menceritakan kisah hidup suka dan duka Srikandi negara Shamsiah Fakeh. Buku ini adalah novel dan bukan sebuah memoir atau diari Shamsiah Fakeh itu sendiri. Di dalam novel ini, diceritakan kisah hidup Shamsiah dari kecil sehingga lah ke nafas terakhir beliau. Dari beliau menerima pendidikan agama di Indonesia sehinggalah ke tahun di mana beliau mahu pulang ke Malaysia ketika beliau tinggal di China. Novel ini sarat dengan kandungan dan maklumat sejarah, khususnya tentang Parti Komunis
0 comments:
Post a Comment